Welcome To SK King George V, Seremban Web Site
Pentadbir & Pengurusan | Vision & Mission | Sukatan Pelajaran & Nota Komputer | Favorite Links | Contact Us | Album KGV

Welcome!

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
 
Sekolah Kebangsaan King George V ini wujud sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Pada peringkat awalnya sekolah ini ditempatkan di Sekolah Menengah King George V, di Jalan Hose (sekarang Jalan Zaaba), Seremban.
 
Pada tahun 1956, sekolah ini telah mendapat beberapa blok bangunan tambahan dengan bilangan murid ketika itu seramai 695 orang dengan 19 orang guru.
Bilangan murid dan tenaga pengajarnya juga semakin meningkat tahun demi tahun dan pada tahun 1960, sekolah ini telah berpindah ke bangunan barunya (tempat sekarang) yang lebih besar dan selesa iaitu di Km 5, Jalan Kuala Pilah, Gedong Lalang, Ampangan. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 4 ekar 3 rod 12 pole.
 
Bangunan ini dilengkapi dengan pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik gerakan, surau, pusat sumber, kantin dan bilik darjah.
Pada tahun 2001 yang lalu, sekolah mendapat tambahan satu blok bangunan tiga tingkat, satu bilik makan guru, penaiktarafan bilik guru, bilik gerakan dan padang sekolah.

Pada masa kini, sekolah mempunyai 4 blok bangunan iaitu Blok A, B, C dan D. Enrolmen murid pada tahun 2004 ini ialah 1750 orang murid dengan 95 orang guru dan 12 orang staf sokongan. Pembelajaran dan pengajaran masih dijalankan dalam dua sesi. Kelas tahun 1, 4, 5 dan 6 dijalankam pada sebelah pagi. Manakala tahun 2 dan 3 dijalankan pada sesi petang. Bilangan kelas pada keseluruhannya ialah sebanyak 36 buah.

kgv_badge
badgekgv_color.jpg

What's New?

Penghakiman PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2004:
9 April 2004 - Jumaat:
Semoga semua telah bersedia.
 
SEED-'Water Project':
(Pertandingan Menguji Kualiti Air Antara Tahun Lima 2004-SEED)
19 April 2004 - Isnin:
Mengambil sampel air dari Empangan Sg Terip, Sg Temiang-Diversion dan Sg Paroi.
 
27 April 2004 - Selasa:
Pelaporan & pembentangan hasil kajian.

Please get in touch with any comments or reactions to my site.